Seorang saksi polis memberi jaminan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia (Suhakam) untuk melakukan kawad cam sekali lagi bagi
mengenalpasti anggota pasukan itu yang bertanggungjawab memukul seorang
wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.
ASP Kamarul
Rizal Jenal ketika ditanya dalam inkuiri itu yakin "boleh" mengumpulkan
anggota polis untuk mengecam anggota polis yang memukul Radzi Razak
ketika perhimpunan itu.Pegawai penyiasat kanan yang mengendalikan kes melibatkan wartawan daripada akhbar theSun itu berjanji akan menjalankan kawad cam itu selewat-lewatnya minggu depan.
Beliau
diminta berbuat demikian oleh pengerusi panel Datuk Dr Khaw Lake Tee
yang memberi alasan, polis mampu menahan suspek dari kalangan peserta
perhimpunan hanya dengan berdasarkan siaran gambar.
Khaw: Kalau boleh kumpulkan 30 orang (kawad cam sebelum ini), boleh kumpulkan 30 orang lagi?
Kamarul: Boleh.
Khaw: Kita akan menantikan kawad cam dalam minggu ini atau minggu depan. Boleh lakukan? Ini bukan diluar kebolehan polis kan?
Kamarul: Ya.
Khaw: Kalau dengan gambar (peserta BERSIH) pun polis boleh tangkap. Kalau boleh lagi 30 untuk kenal pasti lagi.
Kamarul: Ya boleh.
Semasa perhimpunan itu, Radzi mendakwa dipukul sehingga tujuh orang angggota polis. Mei lalu, Radzi meluangkan masa kira-kira setengah jam di IPD Dang Wangi bagi membuat pengecaman bagaimanapun gagal mengenalpasti penyerangnya.
Menurut
Radzi, pada kawad cam tersebut, seramai 20 anggota polis yang
dibariskan terlalu tua, berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini
yang mengatakan polis yang memukulnya semua "muda".
Kamarul
ketika ditanya berhubung perkara itu hari ini menjelaskan, beliau
membariskan anggota yang tua dalam kawad cam tersebut untuk membantu
siasatan."Kita adakan (kawad cam) sebagai proses siasatan. Tak
semestinya suspek yang dikatakan ikut cita rasa pengadu. Ada yang kita
letak orang yang bukan usia sama.
"Ada muda, ada tua. Kita dalam
proses (siasatan). Kalau letak tua mungkin boleh bagi maklumat lebih.
Kalau letak muda mungkin (siasatan) akan tersekat di situ," jelas
Kamarul.
Sehubungan itu, Kamarul berkata siasatan akan terus
dijalankan terhadap lebih 1,000 anggota polis yang bertugas di sekitar
kawasan persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Tun Perak -
tempat di mana Radzi didakwa diserang.
''Saya kena buat (soal
siasat). Daripada senarai 30 orang (yang terlibat kawad cam) mereka
dipilih secara rawak," katanya ketika ditanya bagaimana soal siasat akan
dilakukan terhadap lebih 1,000 anggota polis.malaysiakini
kene pukul ngan polis lepas tu buat repot kat polis.macamane tu?ibaratnye kene pukul ngan NKVD lepas tu jmpe balik NKVD buat repot.ble caye ke?tapi tu la nak repot kat sape lg?repotla polis.
mane PEKIDA?
mane PERKASA?
mane PATRIOT?
mane JMM?
hero2 melayu mane?
carik r polis2 ni bantai ckup2.
ahaks!
No comments:
Post a Comment