Wednesday, October 10, 2012

mat indera komunis

PULAU PINANG 9 Okt. - Seorang sarjana dari United Kingdom (UK) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa berdasarkan kenyataan Mat Indera kepada pihak polis ketika ditahan, dia mengakui sebagai anggota komunis.
Dr. Karl Hack, 46, pensyarah kanan dari Jabatan Sejarah di The Open University, UK berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong juga menggunakan perjuangan komunis sebagai alat untuk menentang British ketika itu.
Menurut Karl yang dianggap pakar dalam kajian darurat dan komunis di Malaysia, beliau membuat kesimpulan Mat Indera seorang komunis berdasarkan sokongan daripada kajian-kajian, buku dan temu bual yang dilakukan terhadap pihak-pihak berkaitan.
Bagaimanapun dalam hal ini, katanya, beliau tidak bergantung kepada buku Memoir Abdullah C.D. kerana buku tersebut ditulis hanya melalui ingatan bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) itu tanpa sokongan dokumen-dokumen.
''Walaupun begitu, dalam buku tersebut (Memoir Abdullah C.D.) ada dinyatakan bahawa Mat Indera seorang komunis,'' kata editor bersama buku 'Dialogues with Chin Peng: New Lights on the Malayan Communist Party' itu.
Dalam buku tersebut, Chin Peng menyatakan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong diketuai oleh Mat Indera yang merupakan ahli PKM.
Hack memberi keterangan demikian ketika disoal semula oleh peguam defendan, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dalam perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (M) Bhd.
Utusan turut diwakili oleh peguam Datuk Mohd. Hafirizam Harun.
Mohamad selaku plaintif memfailkan saman tersebut terhadap kedua-dua defendan itu pada 21 Disember tahun lalu kerana mendakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa, pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos 2011 dan dua bahan terbitan pada keesokannya yang berbaur fitnah.
Pernyataan pembelaan defendan-defendan pula menyatakan bahawa penyiaran artikel-artikel tersebut adalah benar dan ulasan yang saksama serta diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.
Sementara itu, Hack dalam keterangannya juga berkata, dalam kenyataan Mat Indera kepada pihak polis, Mat Indera sendiri memilih sebagai seorang komunis walaupun menyedari wujudnya konflik antara Islam dan komunis.
Ditanya oleh peguam Mohamad Hanipa Maidin yang mewakili plaintif, bahawa tidak semestinya seseorang itu komunis sekiranya dia menyertai parti komunis, beliau berkata, apabila seseorang itu menyertai komunis maka dia adalah ahli komunis.
Walaupun diasak berulang kali oleh Mohamad Hanipa, saksi defendan pertama itu tetap tenang menjawab satu persatu soalan yang dikemukakan oleh peguam tersebut.
Menurut Hack lagi, Mat Indera atas kehendak dirinya sendiri kekal sebagai komunis setelah enggan menyerah diri semasa proses pemutihan yang ditawarkan oleh British terhadap anggota-anggota komunis.
Jelas beliau, walaupun Mat Indera telah diberi peluang menyerah, dia tetap tidak mahu berbuat demikian dan ini bermakna dia menganggap dirinya sebagai seorang komunis.
Menurutnya, pihak British juga tidak berminat sama ada Mat Indera seorang komunis atau sebaliknya kerana dia akhirnya dihukum atas kesalahan memiliki senjata api.
Selepas saksi itu selesai memberi keterangannya, Asisten Supritendan (ASP) Leow Lai Yoong mengemukakan salinan asal kenyataan polis yang diberikan oleh Mat Indera kepada mahkamah.
sumber dari utusan.
 
pendapat aku
mat indera komunis.biarla yg penting die berjuang untuk bende yg die percaye.die berpegang pade prinsip.die melawan penjajah,british.british tu penjajah sebenar bukan jepun mahupun komunis seperti yg digembar gembur kan oleh media.asal dkat merdeka je, crite malaya waktu zaman darurat. crite tntg askar, polis melawan komunis seolah2 kite dijajah oleh komunis.adakah kalian tidak boleh membuat pertimbangan yg wajar ?xkan x tau beze antara kaca dngan pasir,daripade buang pasir,baik buang kace terpijak sakit we.skali lagi di ingatkan ini ialah pendapat.

sape2 x knal inilah mat indera.

No comments:

Post a Comment