JOHOR BAHRU – Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Se- syen di sini semalam atas dua pertuduhan rasuah pada 2010
dan 2011.
Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad (gambar kecil), 52, didakwa
meminta dan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM15,000 daripada
seorang kontraktor, Mohammad Anal Talhah, 41, kononnya sebagai dorongan
untuk membantu kontraktor itu mendapatkan kerja-kerja dari Pejabat
Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan RM15,000 tersebut
pada Disember 2010 manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa menerima
wang tunai berkenaan daripada orang yang sama pada 28 Januari 2011 yang
dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di Bank Muamalat cawangan UTHM
Batu Pahat.
Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah
Seksyen 24(1) akta yang sama.
apabile seorang professor meminte suapan.
15000 skit sgt tu.
mintak la 15 juta baru la rock skit.
xla buang mase msuk jel.
hai beliau,beliau.
so,len kali nak mintak rasuah,mintak kaw kaw skit.
barulah berbaloi msuk jel.
ahaks!
sumber dari kosmo.
inila cerdik pandai buat keje x cerdik.
professor gaji banyak la.x ckup2 ke?
tu lah manusie x pnah ckup.
No comments:
Post a Comment