Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.
Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan
dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis
ekonomi Asia pada 1997.
"Ya, saya jumpa atas permintaan dia
(Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap
itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.
"Yang
penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan
kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan
hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan
pertemuan itu.
Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:
"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".
"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.
Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:
"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.
"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.
"Dan
hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada
salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan
hormat dan tidak ada masalah mengenainya.
kate beliau,'x salah jumpe soros'
kate beliau lg'dei yg mintak nak jumpe saya'
lagi beliau berkate 'ini adalah kunjungan hormat'
yg menjadi persoalan, kunjungan tu untuk ape? apsal plak berie rie nak pg new york nak jumpe soros msti ade ape2 xkanla minum teh kut?
ala kalo xde ape2 crite jela. ni xyahla nak misteri2 nak rahsie2la kan da timbul fitnah.ape salahnye kalo ckap betul2 buat ape.
sumber dari malaysia kini.
No comments:
Post a Comment