Wednesday, November 21, 2012

sekian lame tan menaip,akhirnya menaip gak lagi.arini ade terbace mengenai komen puad zarkashi yang mengatakan pakatan rakyat ibarat kawin sejenis.
kelaka wei.x best langsung perumpamaan diorang ni.kawin sejenis?WTH!ni statement die aku amik dari malaysia kini:

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengumpamakan Pakatan Rakyat seperti perkahwinan sejenis kerana tiada pembahagian peranan yang jelas di antara parti komponen, dakwanya.
Beliau mendakwa, perkara ini amat jelas kerana Pakatan Rakyat tidak mencapai kesepakatan dalam perkara penting.

"Dalam PAS siapa ketua? Mursyidul Am atau presiden? Dalam PKR - (ketuanya) presiden (Datuk Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)?

"Sama dalam DAP - Karpal (Singh), Setiausaha Agung Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang? Ini pun tidak jelas. 

"Dalam parti-parti Pakatan Rakyat ibarat perkahwinan sejenis - kita tidak tahu siapa ibu siapa bapa. Ia tidak jelas," katanya.
Isu perkahwinan dan hubungan sejenis sebelum ini pernah ditimbulkan Puad apabila beliau menggesa isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dibincang secara terbuka di sekolah.

Beliau dilaporkan menggesa agar LGBT ditangani sebagai cabaran yang boleh mengancam budaya murni rakyat dan mencetuskan suasana tidak sihat dalam rakyat.

Bercakap lanjut, Puad berkata cadangan agar presiden PAS menjadi perdana menteri membuktikan ahli-ahli PAS memprotes secara senyap idea pluralisme dan kenyataan Nurul Izzah tentang kebebasan beragama baru-baru ini.

"Tiada kesepakatan di antara mereka dan mereka tidak seperti BN yang mengamalkan kesederhanaan dan musyawarah.

"Satu lagi masalah adalah pluralisme, yang saya kira merupakan satu protes kepada kenyataan Nurul Izzah... dan mereka zahirkannya dengan mencadangkan Hadi sebagai PM," katanya.

 lagi satu pade akula,sape yg jadi ketue x penting.lagi pun diorang ni bukanla satu parti.diorang pakatan.maksudnye diorang ni berpakat untuk mencapai sesuatu. mmgla korang ni gile kuase.asyik2 sape nak jadi ketue.betul ketua itu penting tapi, x perlula kecoh2.ni nak melagekan org r ni.ok,sape2 yg bace komen2 r.

Wednesday, October 31, 2012

gaji up!!yea!

kalo bace surat khabar utusan arini,antara headline die  pasal kenaiakan gaji.
komen aku:
katenye kenaikan ni untuk mengurangkan beban penjawat awam.rasenye kerajaan patut buat bende ni dari dulu lg.bkannye baru2 ni hidup terbeban.dari dulu lg.
apakah sebab pilihanraya yg bakal tiba menyebabakan kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji ini? dala bajet baru2 ini macam bajet pancing undi. by the way tahniahla org kakitangan awam gaji naik.gunela kanaikan ni elok2.

Monday, October 15, 2012

tukar logo

Warna logo MAS ditukar sempena pelancaran super jumbo

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Logo Malaysia Airlines (MAS) pada pesawat Airbus A380 yang ditukar kepada warna biru adalah bagi memperingati pelancaran pesawat super jumbo milik MAS itu yang mula beroperasi pada 1 Julai lepas.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pesawat-pesawat MAS yang lain masih mengekalkan logo korporat asal dengan warna merah dan biru.
"MAS sedang giat melaksanakan pelan pemulihan syarikat dengan sasaran untuk mencatatkan keuntungan menjelang tahun 2014.
"Antara strateginya adalah untuk menarik semula penumpang melalui penjenamaan semula MAS dan memperkenalkan logo baru eksklusif untuk pesawat Airbus A380 yang merupakan pesawat kemegahan baru," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju).
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata MAS bagaimanapun tidak dapat mendedahkan maklumat mengenai kos penjenamaan semula kerana terikat dengan peruntukan kerahsiaan dalam kontrak berkenaan.
Katanya peruntukan berkenaan merupakan peruntukan standard dalam mana-mana kontrak untuk melindungi kepentingan pihak yang terlibat. - BERNAMA

pada pendapat saya yg menjadi isu pertama ialah untuk MAS mentransformasikan pengurusan.pengurusan x smat camnila jadi.lg satu, nape kos penjenamaan semula perlu dirahsiakan?bagi tau je la.org sekarang makin pandai.pandai menilai.kalo xde apa2 x perlu takut.

Friday, October 12, 2012

boikot


semalam khutbah juamaat,si imam dengan nada yg penuh bersemangat telah berkhutbah mengenai yahudi,palestin ni semuela.lepas tu die crite la pasal boikot.kan bile mcam perang kat palestin kite berie rie melaung laung jahanam israel,yahudi laknatullah,lepas tu dpatlah flayers yg list out compeni2 yg berkaitan dengan israel.so tujuan die supaye kite boikot.dlam pade tu antara kompeni yg di list ialah KFC,McD,NOKIA,intel, dan nestle yg aku  ingatla. tau x kompeni2 ni mngeluarkan hampir semue keperluan kite?KFC, kita selalu makan KFC,mcd same je, NOKIA,kite pakai handphone nokia,intel, komputer kite bnyak pakai processor intel, nestle,kite bnakyak makan makanan dari nestle contohnye milo,megi. cmane nak boikot?dalam sibuk membantah tu makan la kitkat .nestle punye. lepas je perang kat palestin tu habis so heat die pon kurangla.org yg sbuk melaungkan anti yahudi ni mkan  kfc.contohla.kenape jdi macam ni?sebenarnya pada aku,aku nmpak satu peluang.iaitu peluang peniagaaan.kalo da tau kfc ni support yahudi,so orang malaysia ni amikla peluang promosi produk masing2.tapi bile promosi tu biarla smat2 dan meluas.macam nasgera(nasik segera) aku tau bende ni bile aku keje kat kadai runcit kat bangi.aku pg kedai lain aku x jumpe.ha tu la masalah die dlam brite promo bkan men alih2 jualnye dekat johor je.mcmane org laen nak tau.ni pluang kut.mecca cola la produk dari arab ni aku jmpe kat kedai mcam AZ zain je.kedai az zain ni plak x semue tempat ade.so macamane nak memboikot kalo xde alternatif len.bukan xde tapi x bnyak.so cubela promosi kaw2 punye,buat berkualaiti setanding dngan KFC punye contohla.barula best nak memboikot.

penswastaan KTMB

semalam ari jumaat pekerja2 KTMB telah berpiket.tujuan piket ialah untuk bantahan pengambilalihan KTMB oleh syarikat MMC corp.tokey die namenye syrd mokhtar al bukhary.
pade aku,sekarang ni nape berie rie menswasta kompeni2 kerajaan ni?pos mlaysia,telekom,tnb semue diswastakan.btulla dalam pade kerajaan kate penswastaan tu mengurangkan beban kerajaan tapi membebankan rakyat.tnb contohnye tarif elektrik naik saje.dengan gaji yg x naik2,mcamane nak idup?overhead kos bertambah saje.gaji naik,barang plak naik.sush r.lepas nak swastakan ape plak?PDRM?wah mcam crite robocop plak kan jabatan polis detroit under sebuah syrikat kan OCP.x, yg dalam crite tu je.nak dijadikan contoh.pade aku kerajaan ni agak2 la menswastakan kompeni2 ni.dalam pade perkhidmatan tu bertambah baik,tp kos plak naik dengan kos sara hidup pon naik,sushla org.ekonomi mmbentuk budaye.jdi untuk pekerja2 KTMB teruskan usaha anda!berjuang demi masa depan anda!
jgn risau xde politik2, ni semue pasal mase depan org tau.

PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.

kate beliau,'x salah jumpe soros'
kate beliau lg'dei yg mintak nak jumpe saya'
lagi beliau berkate 'ini adalah kunjungan hormat'
yg menjadi persoalan, kunjungan tu untuk ape? apsal plak berie rie nak pg new york nak jumpe soros msti ade ape2 xkanla minum teh kut?
ala kalo xde ape2 crite jela. ni xyahla nak misteri2 nak rahsie2la kan da timbul fitnah.ape salahnye kalo ckap betul2 buat ape.
sumber dari malaysia kini.

Thursday, October 11, 2012

pemimpin kite.

Mahkamah keluar waran pemenjaraan terhadap Datuk Paiman

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap ahli perniagaan Datuk Paiman Shakimon selepas beliau gagal hadir untuk perbicaraan rayuannya atas sabitan dan hukuman dalam kes menipu dan memalsukan dokumen.
Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah turut melucutkan hak penjamin Paiman, Dr Norma Ahmad ke atas wang jaminan berjumlah RM700,000 selepas perayu gagal hadir di mahkamah sejak disabitkan hukuman penjara 26 tahun pada tahun lepas.
Dalam kes rayuan, Dr Norma, yang merupakan saudara kepada Paiman, juga gagal hadir pada prosiding hari ini.
"Walaupun mahkamah pada 21 Sept lepas telah memberi peluang terakhir kepada penjamin untuk membawa perayu ke mahkamah tetapi dia (penjamin) masih tidak membawanya malahan penjamin juga tidak datang.
"Memandangkan beliau (Paiman) bersalah kerana tidak hadir ke mahkamah, mahkamah turut melucutkan hak jaminannya iaitu berjumlah RM700,000," kata hakim itu.
Terdahulu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir, memohon rayuan perayu dibatalkan dan waran pemenjaraan dikeluarkan.
"Peguam Gobind Singh Deo, yang telah menarik diri daripada mewakili Paiman pernah memberitahu pihak pendakwaan bahawa perayu pernah mengarahkannya untuk memfailkan petisyen rayuan. Ini bermakna perayu sudah sedia maklum kes ini sedang berjalan," kata Syed Faisal.
Paiman, 53, dihukum penjara 26 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 19 April 2011 selepas didapati bersalah menipu dan memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta milik dua Datuk lain dalam satu kes penipuan pelaburan antara 2005 dan 2006.
Bagaimanapun, Paiman hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 tahun selepas Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh memerintahkan hukuman itu berjalan serentak. - BERNAMA

komen aku
macamni la memilih pemimpin.sebelum plihanraye kemain lagi suci ibarat kain putih.rupenye disebalik tu mcm2 kedustaan.alih2 kantoi menipu.tp ingat!dlam hal ini permainan politik ttp wujud.jngan mudah terpedaya.so, pilihanraye nnti pilihla org elok2.kalo time kempen kite dngar calon tu burukkan org len,toksahla pngkah die sah2 die pon same je.
inilah insan yg bername paiman.die bkan anggota sprm ye walaupun dibelakang die ade lmbang sprm.

baung anak lagi,tp elok crik penyelesaian.

kecoh lagi bayi lelaki mati dijumpai kt dalam beg kat masjid.manusie ni menjadi lg teruk dari binatang.binatang pon sayang anak.cube ko amik anak kucing mak die nmapak mesti mak die resah.manusia buang je.dispose bukti.okla aku xnak menyalahkan org.bile ade maslah jgn pikir pasal masalah 2, tapi pikir tntg penyelesaian.barula selesai.mgkin aku boleh bg cadangan tentang penyelesaian maslah ni..firstly aku rase elokla kite start dari budak ni kecik lg.macamane?kite didikla bdak2 ni adab pergaulan laki2 ngan perempuan macamne.bukan pendidkan seks.bukan ajr  batang laki macamne,petpet pompuan macamane bukan.macamne nak bergaul.blum kawin jgn pegang sebab bukan hak.mcm tu.selain tu,permudahkan kawin.jgn letak hantaran mahal2 org yg berkawin ni bukan keje gaji 5000 sebulan.permudahkan kawin tu x pyh buat kenduri macam ali rustam smpai beratus ribu org datang.simple2 dala.bg mereke yg x tahan gak, nak men tu pakaila kondom.bukan aku menggalakkan tapi manusie beb.manusie kite x maksum mcm para nabi make kebarangkalian untuk melakukan 'kesilapan' tinggi.dan kene ingt pskologi diorang camne.bile melakukan kesalahan ni x pikir betul salah,baik buruk atau pon syurga neraka.semue tu hilang dari pemikiran.so, nak men pakaila kondom so xdela anak x sah taraf disemai dan dibuang.cukupla skali but silap jgn tmbah lg.belajr memaafkan org.bile bdk2 ni buat salah,jgnla marah,dibenci,atau hine2 bdak2 ni.ye diorang buat silap tapi memaafkan tu kan elok.bende2 camni x pernah jadi kat aku tp ini hanyelah cdangan akau untuk mengurangkan masalah2 ni.bukan ape kalo bende2 camni x dibendung,ape akan jadi dgn mase depan kite?nasib sesuatu negare bergantung pade org mude.kalo org mude die uuu aaa uuu aaa?pikirla ape nasib kite nnti.

barula org nak beli

TOKYO - Pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota Motor Corporation memanggil semula 7.43 juta unit kenderaan keluarannya di Amerika Syarikat (AS), Jepun, Eropah dan pasaran-pasaran lain di seluruh dunia ekoran masalah suis tingkap kuasa.
Syarikat itu membuat pengumuman semalam dan ia melibatkan banyak model keluaran tahun 2005 hingga 2010.
Menurut Toyota, suis tingkap kuasa di tempat pemandu dikatakan tidak diletakkan dengan minyak gris sewaktu proses pengeluaran sekali gus boleh mengakibatkan geseran dan kadangkala menghasilkan asap.
Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini ekoran masalah itu.
Bagaimanapun, jurucakap Toyota, Joichi Tachikawa berkata, terdapat 200 laporan di AS dan 39 di Jepun berhubung masalah itu.
Model-model lain yang dipanggil balik dari pasaran Amerika Utara ialah Yaris, Corolla, Matrix, Camry, RAV4, Highlander, Tundra dan Sequoia.
Model-model Scion seperti xB and xD yang melibatkan 2.47 juta unit kenderaan turut terlibat dengan masalah tersebut.
Sebanyak 460,000 kenderaan Toyota menjalani proses yang sama di Jepun melibatkan model Vitz, Belta, Ractis, Ist, Auris dan Corolla Lumion.
Sementara itu di Eropah, sebanyak 1.39 juta unit model seperti Yaris, Corolla, Auris, Camry dan Rav-4 turut menghadapi masalah yang sama.
Proses pemanggilan semula juga berlaku di Australia, China, Asia dan Asia Barat. - Agensi

mcmnila,kalo proton? rosak,rosakla.nak buat camne?aha!
da la proton harge mahal ciri2 keselamatan outdate,tingkap selalu rosak,maintenance mahal.
cube wat kete elok2, engineer ramai xkan x penah tackle problem2 ni?kan?cube wat kerete berkualiti ni x tin sardin bertayar.ape bende?

Wednesday, October 10, 2012

mat indera komunis

PULAU PINANG 9 Okt. - Seorang sarjana dari United Kingdom (UK) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa berdasarkan kenyataan Mat Indera kepada pihak polis ketika ditahan, dia mengakui sebagai anggota komunis.
Dr. Karl Hack, 46, pensyarah kanan dari Jabatan Sejarah di The Open University, UK berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong juga menggunakan perjuangan komunis sebagai alat untuk menentang British ketika itu.
Menurut Karl yang dianggap pakar dalam kajian darurat dan komunis di Malaysia, beliau membuat kesimpulan Mat Indera seorang komunis berdasarkan sokongan daripada kajian-kajian, buku dan temu bual yang dilakukan terhadap pihak-pihak berkaitan.
Bagaimanapun dalam hal ini, katanya, beliau tidak bergantung kepada buku Memoir Abdullah C.D. kerana buku tersebut ditulis hanya melalui ingatan bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) itu tanpa sokongan dokumen-dokumen.
''Walaupun begitu, dalam buku tersebut (Memoir Abdullah C.D.) ada dinyatakan bahawa Mat Indera seorang komunis,'' kata editor bersama buku 'Dialogues with Chin Peng: New Lights on the Malayan Communist Party' itu.
Dalam buku tersebut, Chin Peng menyatakan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong diketuai oleh Mat Indera yang merupakan ahli PKM.
Hack memberi keterangan demikian ketika disoal semula oleh peguam defendan, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dalam perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (M) Bhd.
Utusan turut diwakili oleh peguam Datuk Mohd. Hafirizam Harun.
Mohamad selaku plaintif memfailkan saman tersebut terhadap kedua-dua defendan itu pada 21 Disember tahun lalu kerana mendakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa, pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos 2011 dan dua bahan terbitan pada keesokannya yang berbaur fitnah.
Pernyataan pembelaan defendan-defendan pula menyatakan bahawa penyiaran artikel-artikel tersebut adalah benar dan ulasan yang saksama serta diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.
Sementara itu, Hack dalam keterangannya juga berkata, dalam kenyataan Mat Indera kepada pihak polis, Mat Indera sendiri memilih sebagai seorang komunis walaupun menyedari wujudnya konflik antara Islam dan komunis.
Ditanya oleh peguam Mohamad Hanipa Maidin yang mewakili plaintif, bahawa tidak semestinya seseorang itu komunis sekiranya dia menyertai parti komunis, beliau berkata, apabila seseorang itu menyertai komunis maka dia adalah ahli komunis.
Walaupun diasak berulang kali oleh Mohamad Hanipa, saksi defendan pertama itu tetap tenang menjawab satu persatu soalan yang dikemukakan oleh peguam tersebut.
Menurut Hack lagi, Mat Indera atas kehendak dirinya sendiri kekal sebagai komunis setelah enggan menyerah diri semasa proses pemutihan yang ditawarkan oleh British terhadap anggota-anggota komunis.
Jelas beliau, walaupun Mat Indera telah diberi peluang menyerah, dia tetap tidak mahu berbuat demikian dan ini bermakna dia menganggap dirinya sebagai seorang komunis.
Menurutnya, pihak British juga tidak berminat sama ada Mat Indera seorang komunis atau sebaliknya kerana dia akhirnya dihukum atas kesalahan memiliki senjata api.
Selepas saksi itu selesai memberi keterangannya, Asisten Supritendan (ASP) Leow Lai Yoong mengemukakan salinan asal kenyataan polis yang diberikan oleh Mat Indera kepada mahkamah.
sumber dari utusan.
 
pendapat aku
mat indera komunis.biarla yg penting die berjuang untuk bende yg die percaye.die berpegang pade prinsip.die melawan penjajah,british.british tu penjajah sebenar bukan jepun mahupun komunis seperti yg digembar gembur kan oleh media.asal dkat merdeka je, crite malaya waktu zaman darurat. crite tntg askar, polis melawan komunis seolah2 kite dijajah oleh komunis.adakah kalian tidak boleh membuat pertimbangan yg wajar ?xkan x tau beze antara kaca dngan pasir,daripade buang pasir,baik buang kace terpijak sakit we.skali lagi di ingatkan ini ialah pendapat.

sape2 x knal inilah mat indera.

pendapat aku ttg merdeka dari point of view aku.

merdeka,31 ogos,1957, bendera dan tunku abdul rahman. bende2 ni selalu diputarkan, dimain2kan tiap2 kali nak merdeka.tunku abdul rahman, onn jaafar semue ni diangkat dijulang2 sebagai pejuang kemerdekaan. seolah2 tanpe diorang ni x merdeka la malaysia ni. aku pula berpendapat yg sebaliknye. bg aku diorang hanya sebahagian drpd wall of fame kemerdekaan negare.ramai lg org yang berjuang untuk kemerdekaan ni burhanuddin al helmy, ibrahim haji yaakub, abdullah cd, rashid maidin, spe lg, rosli dhobi, ramai lg.mmgla diorang ni ade yg join komunis tp cyela diorang2 ni just nak merdeka je.xde keinginan nak buat negare komunis pon. mcm ho chi minh cakap kan 'aku berjuang bukan untuk komuns tapi untuk merdeka'.cume diorang ni pilih path yang laen r. x adil la bile kate kerane united malay national organisation malaysia ni merdeka. xla.tgk moto diorang 'hidup melayu'bukan merdeka.sedangkan PKMM, angkatan pemuda insaf, MDU,trade union, komunis moto diorang ,MERDEKA'.yg dok crite leftenan adnan lawan jepun, bukit kepongla,ntah ape crite ntah tu ape?penjajah sebenar bukan jepun.jepun ni picisan je.jepun ni ibarat budak2 nakal yg buat kecoh kt laman belakang rumah org je.sedangkan org british ni jadi tuan kat dlam umah org lain.tu ye penjajah. jadi secare lojiknye, diorang ni angkat senjate melawan penjajah.bukan aku ni berfahamn komunis.ko kene tau das kapital pon aku x bace.kalo bace pon x la serta merta aku menganuti komunis.same gak aku bace mein kampf.x semestinye aku ni seorang fasis. cume poin die diorang ni melawan penjajah. x smestinye dalam komunis tu cine je.india ade, melayu pon ade. lg plak berstu hati melawan musuh yang same.org putih x boleh percaye baik yang mengopress mahupun yang simpati.diorang ni nak kite terus bergantung dngan diorang. rashid ridha pon ckap macam tu tau.so salah bile kate kite merdeka tanpe darah.ramai anak2 mude mati.memperjuangkan bende2 yg diorang percaye.jadi x adil bile kite lupekan jase2 diorang ni.macamne skalipon, mereka mencorak sejarah negare kite.sejarah x klepet org tetapi org yang menulis sejarah tu yg klepet org. jadi mereke yg bace pendapat aku ni  rajin2la membace bende2 sejarah ni. supaye kite x mudah kene klepet. kat internet tu ade library of baghdad tau.so, tambah la ilmu banyak2.

Monday, October 8, 2012

Chavez menang presiden Venezuela

SEJUMLAH penyokong Chavez meraikan kemenangannya di Caracas kelmarin.CARACAS - Presiden Hugo Chavez memenangi pilihan raya presiden Venezuela kelmarin selepas berdepan tentangan sengit pembangkang yang menuduhnya menggunakan kekayaan minyak negara secara tidak adil.
Susulan kemenangannya, Chavez mendapat mandat mentadbir Venezuela untuk enam tahun lagi.
Setelah 90 peratus undi dikira, Chavez memperoleh lebih 54 peratus undi berbanding 45 peratus undi daripada pencabarnya, Henrique Capriles
Berusia 40 tahun, Capriles merupakan seorang bekas gabenor negeri yang telah menyatukan pihak-pihak pembangkang di negara Amerika Selatan itu.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Chavez kelmarin dan menerima kekalahannya dengan hati terbuka.
"Jika anda hendak menang, anda juga perlu belajar menerima kekalahan," kata Capriles di ibu pejabat kempen politiknya di sini.
"Bagi saya, keputusan rakyat merupakan keramat. Saya seorang demokrat dan saya menghormati keputusan rakyat," tambahnya.
Sementara itu, beribu-ribu penyokong Chavez berhimpun di luar kediamannya di sini untuk meraikan kemenangan pemimpin mereka.
Pada perhimpunan tersebut, Chavez menyanyikan lagu kebangsaan Venezuela dan berikrar untuk menjadi seorang presiden yang lebih baik.
"Hidup Venezuela," kata Chavez.
Sebelum ini beliau menang pilihan raya presiden pada 2006 dan 1998. - Agensi

cayala saudara chavez kerana telah menang dalam pilihanraya presiden venezuela.hidup rakyat!kalo la che guevara hidup lg,msti die bangge.ni baru btul x terikat ngan amerika, nasib kite di tangan kite sendiri.kite penentu mase depan kite sendiri.xde sape yg tentukan hala tuju kite.ni x ikut la amerika.org malaysia kene pandai pilih.bnayak membace jgn dok dengar je crite org ni, org tu.ntah die klepet kite ke sape tau?

Pukul wartawan: Penyiasat polis janji kawad cam kedua

Seorang saksi polis memberi jaminan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk melakukan kawad cam sekali lagi bagi mengenalpasti anggota pasukan itu yang bertanggungjawab memukul seorang wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.
ASP Kamarul Rizal Jenal ketika ditanya dalam inkuiri itu yakin "boleh" mengumpulkan anggota polis untuk mengecam anggota polis yang memukul Radzi Razak ketika perhimpunan itu.Pegawai penyiasat kanan yang mengendalikan kes melibatkan wartawan daripada akhbar theSun itu berjanji akan menjalankan kawad cam itu selewat-lewatnya minggu depan.
Beliau diminta berbuat demikian oleh pengerusi panel Datuk Dr Khaw Lake Tee yang memberi alasan, polis mampu menahan suspek dari kalangan peserta perhimpunan hanya dengan berdasarkan siaran gambar.

Khaw: Kalau boleh kumpulkan 30 orang (kawad cam sebelum ini), boleh kumpulkan 30 orang lagi?

Kamarul:
Boleh.

Khaw: Kita akan menantikan kawad cam dalam minggu ini atau minggu depan. Boleh lakukan? Ini bukan diluar kebolehan polis kan?

Kamarul: Ya.

Khaw:
Kalau dengan gambar (peserta BERSIH) pun polis boleh tangkap. Kalau boleh lagi 30 untuk kenal pasti lagi.

Kamarul: Ya boleh.
Semasa perhimpunan itu, Radzi mendakwa dipukul sehingga tujuh orang angggota polis.  Mei lalu, Radzi meluangkan masa kira-kira setengah jam di IPD Dang Wangi bagi membuat pengecaman bagaimanapun gagal mengenalpasti penyerangnya.

Menurut Radzi, pada kawad cam tersebut, seramai 20 anggota polis yang dibariskan terlalu tua, berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini yang mengatakan polis yang memukulnya semua "muda".

Kamarul ketika ditanya berhubung perkara itu hari ini menjelaskan, beliau membariskan anggota yang tua dalam kawad cam tersebut untuk membantu siasatan."Kita adakan (kawad cam) sebagai proses siasatan. Tak semestinya suspek yang dikatakan ikut cita rasa pengadu. Ada yang kita letak orang yang bukan usia sama.

"Ada muda, ada tua. Kita dalam proses (siasatan). Kalau letak tua mungkin boleh bagi maklumat lebih. Kalau letak muda mungkin (siasatan) akan tersekat di situ," jelas Kamarul.

Sehubungan itu, Kamarul berkata siasatan akan terus dijalankan terhadap lebih 1,000 anggota polis yang bertugas di sekitar kawasan persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Tun Perak - tempat di mana Radzi didakwa diserang.

''Saya kena buat (soal siasat). Daripada senarai 30 orang (yang terlibat kawad cam) mereka dipilih secara rawak," katanya ketika ditanya bagaimana soal siasat akan dilakukan terhadap lebih 1,000 anggota polis.malaysiakini

kene pukul ngan polis lepas tu buat repot kat polis.macamane tu?ibaratnye kene pukul ngan NKVD lepas tu jmpe balik NKVD buat repot.ble caye ke?tapi tu la nak repot kat sape lg?repotla polis.
mane PEKIDA?
mane PERKASA?
mane PATRIOT?
mane JMM?
hero2 melayu mane?
carik r polis2 ni bantai ckup2.
ahaks!

buang anak

skarang ni org buang anak mcam cmpak mainan je.senang2 je campak dari tngkat atas.kucing pon x snggup lmpar anak die.ok lah mmg la kdang2 die mkan anak tp tu sebb korang malas bg die mkan.tu binatang. ni manusie.ade akal dan fikiran.manusie ni spesies yg smat.ble buat mentol ble buat kete.ko suruh burung buat kete bole?mane ble buat sarang die pandaila.knape org skarang ni boleh bertindak sedemikian rupe?nak kate x skolah, skolah.pergh!takut wei.
sebenarnye ade beberape sebab jd macm ni.
1) sebab ayah akan marah
    msti penh dengr ayat cliche ni "ko menconteng arang kat muke ayah" pap kene tmpar skali itu depend r sameade lempang atau bantai paki tali pinggang kan.tu menyebabkan mgse merase ketakutan yg amat dan sbg tindakan yg drastik make dicmpaknyelah bukti  kt dlam tong atau sungai.
2) stigma masyarakat
 org boleh kate "pedulik r ape org ckap, bkan die yg bayr duit makn minum aku".bkan senag nak terime bende2 macm ni.kalo iman x kuat ade yg tekanan perasaan nnt.so, to keep everything normal, so disposela bukti samaade didalam tong smpah atau sungai2 yg berdekatan.
3)nak kawin tp x berduit
ni stu hal lg asal nak kawin mulela mintak hntaran mengarut2.oarng tu keje kilang je.contohnyela.hantaran x wajib tetapi mahar yg wajib.knape nak kjar yang x wajib?kan elok dahulukan yg wajib.so,pipit gatal sgt,make jdilah istilah kawin dulu nikah nnt.hsilnye,anak x sah taraf.nak mengelak 2 perkare yg sy sebut diatas, make di disposekanlah bukti samaade di tong atau sungai2 yg berdekatan.
  so perkare ni boleh dielakkan.kalo org tu nak nikah, permudahkan la.jgn ltak hntaran tinggi2.buat yg wajib2 da la.kan senag lg elok da la nikah, lpastu bole main dgn halal, dpat anak pon elok2 sah taraf lg. lg satu kalo yg menggile seks ni, x nak kawin tp nak main gak,pakaila alat2 kontrasepsi spt kondom.bkan aku nak menggalakkan seks bebas tetapi sekurang2nye xdelah benih tersemai.alah aku tau nnt korang mesti ckap liberal la ape la,bkan,manusia x boleh lari dari buat salah.so kalo tetibe nak buat slah dngan men dngan pompuan pakaila kondom.
'mase depan sesuatu negare bergnatung pade pemude/di dlam negare tu sendiri'

the imperialis america

amerika melabuhkan kpal perangnya di malaysia. so korang rase ape?adekah mereke2 ini sekadar berhenti kejap kat malaysia untuk menikmati kehngatan tropika, atau ade udang disebalik mee?sbenarnye aku x percaye btul ngan america ni. rashid ridha penah ckap jgn percaye dngan org putih ni sameade yg oppress kite atau yang mnyokong kite.keje org putih ni dari dulu smpai skarang msuk ngare org tetibe msuk cmpur dlm hal ehwal negare org, alih2 da terjajah.mgkin skarang ni penjajahn bukanla dlam bntuk zaman dulu kan letak askar kt tmpat tu,lpas tu org putih ni yg terlibat scare lgsung dalam pentdbiran. skrang ni diorng menjajah scare ekonomi dimane kite membeli produk2 diorang barng2 kite plak susah giler nak dpat market kt amerika. dan politik pula diperintah melalui ejen2.dan dlam sejarah pde pendapat aku ejen2 yg pling popular yg aku tau mcm marcos,anwar sadat,hosni mubarak, pinochet dan ramai lg.x taula dlam malaysia ni ade ejen2 die jgak.jeng jeng jeng!
 berbalik kpde kpal perang ni, diorang ni tgh melakukan eksesais dngan atm sebenarnye.bakn eksesais berlari bersenam bersame2 bukan itu maksudnye. ianya ialah latihan peperangan due hala. dlam sbuk2 Be End menghentam menganyang  suaram kerana mendapt dana dari AS la, yahudila , sorosla mcm2la,alih2 boleh plak kapal perang plak berlabuh. siap ade keraian plak 2.
kene ingat modus operandi diorang ni same je dari perang vietnam smpaila skrang.laos contohnye amerika dlu cm2la anta penasihat kt sane.laos ni aman damai dulu smpaila amerika ni melage2 pemimpin diorang smpai jadila konflik dlam negare yg akhirnye komunis patet lao yg berjaye.malaysia ni tgh menunggu konflik je.
boleh plak die kate 'Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka"(tukar tiub)
belajar dari kami lepas tu tikam kami.
sedarlah !bngkit dari tidurmu yg nyenyak.cmpakkanlah toto yang menyelimutimu.jgn smpai da kene rntai bru nak sedar.kalo sdar.
mane pejuang melayu?
mane pekida?
mane perkasa?
mane cicakman?
tunjukkan keheroan anda!jgn tunjuk kemaluan anda!  
sumber didapati dari tukar tiub dan malaysia kini dan dari buku pengembaraan rashid ridha dan dari rancangan tv yg bertajuk most secret place on earth yg ditayangkan oleh history channel.

Wednesday, October 3, 2012

ye ke?aku dgar ramai org dtg.

baru2 ni kecoh anak ketue menteri melake telah melangsungkan perkahwinan. btw tahniahla.tapi nak di jadikan cerite nye majlis kenduri kahwin ni telah masuk malaysia book of record sebab melampau2 ramai org datang.critenye 130000 org datang.so timbullah persoalan kalo da ramai org dtg,sah sahla belanje nye pon mestilah besr.so mane die dpat duit?dalam malaysia kini, beliau menyatekan kenduri kawin tu kos nye 600 000 je. ble caye ke?mkan minum tu free ke?kalo tajaan,sape yg taje?
jeng!jeng!jeng!persoalan yg tergantung.
so korang pikirlah!

org pandai buat keje yg x pandai.

JOHOR BAHRU – Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Se- syen di sini semalam atas dua pertuduhan rasuah pada 2010 dan 2011.
Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad (gambar kecil), 52, didakwa meminta dan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM15,000 daripada seorang kontraktor, Mohammad Anal Talhah, 41, kononnya sebagai dorongan untuk membantu kontraktor itu mendapatkan kerja-kerja dari Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan RM15,000 tersebut pada Disember 2010 manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa menerima wang tunai berkenaan daripada orang yang sama pada 28 Januari 2011 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di Bank Muamalat cawangan UTHM Batu Pahat.
Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

apabile seorang professor meminte suapan.
15000 skit sgt tu.
mintak la 15 juta baru la rock skit.
xla buang mase msuk jel.
hai beliau,beliau.

so,len kali nak mintak rasuah,mintak kaw kaw skit.
barulah berbaloi msuk jel.
ahaks!
sumber dari kosmo.

inila cerdik pandai buat keje x cerdik.
professor gaji banyak la.x ckup2 ke?
tu lah manusie x pnah ckup.

Friday, September 21, 2012

satu pengenalan

selamat datang aku ucapkan kepade tuan-tuan,puan-puan,abg-abg,kakak-kakak,adik-adik yang telah melayari blog aku ini. 'suara revolusi' bunyinya sgt pop,seolah2 nak memberontak.tetapi,harus diingat revolusi x semestinya berdarah seperti revolusi perancis dimana beribu-ribu orang perancis telah mati samada    mati dihujung pisau ,terkena tembakan peluru dari musket,ataupun mati kehilangan kepala di gilloutine.x semestinya.ade juga revolusi yang x berdarah contoh nya revolusi perindustrian.ha!mesti konfius!harus diketahui, revolusi bermaksud satu perubahan yang radikal.maksudnya perubahan itu berlaku dengan cepat.berbeza dengan evolusi yang mengambil masa yang lama.jadi bolehla dikatakan suara revolusi ini ialah satu wadah yang menyeru kepada satu bentuk perubahan.jadi saya harap sape2 yang bace blog ni timbullah satu bentuk revolusi dalam diri die untuk menjadi yang terbaik.