TOKYO - Pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota Motor Corporation
memanggil semula 7.43 juta unit kenderaan keluarannya di Amerika
Syarikat (AS), Jepun, Eropah dan pasaran-pasaran lain di seluruh dunia
ekoran masalah suis tingkap kuasa.
Syarikat itu membuat pengumuman semalam dan ia melibatkan banyak model keluaran tahun 2005 hingga 2010.
Menurut Toyota, suis tingkap kuasa di tempat pemandu dikatakan tidak
diletakkan dengan minyak gris sewaktu proses pengeluaran sekali gus
boleh mengakibatkan geseran dan kadangkala menghasilkan asap.
Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini ekoran masalah itu.
Bagaimanapun, jurucakap Toyota, Joichi Tachikawa berkata, terdapat 200 laporan di AS dan 39 di Jepun berhubung masalah itu.
Model-model lain yang dipanggil balik dari pasaran Amerika Utara
ialah Yaris, Corolla, Matrix, Camry, RAV4, Highlander, Tundra dan
Sequoia.
Model-model Scion seperti xB and xD yang melibatkan 2.47 juta unit kenderaan turut terlibat dengan masalah tersebut.
Sebanyak 460,000 kenderaan Toyota menjalani proses yang sama di Jepun
melibatkan model Vitz, Belta, Ractis, Ist, Auris dan Corolla Lumion.
Sementara itu di Eropah, sebanyak 1.39 juta unit model seperti Yaris,
Corolla, Auris, Camry dan Rav-4 turut menghadapi masalah yang sama.
Proses pemanggilan semula juga berlaku di Australia, China, Asia dan Asia Barat. - Agensi
mcmnila,kalo proton? rosak,rosakla.nak buat camne?aha!
da la proton harge mahal ciri2 keselamatan outdate,tingkap selalu rosak,maintenance mahal.
cube wat kete elok2, engineer ramai xkan x penah tackle problem2 ni?kan?cube wat kerete berkualiti ni x tin sardin bertayar.ape bende?
No comments:
Post a Comment