SEJUMLAH penyokong Chavez meraikan kemenangannya di Caracas
kelmarin.CARACAS - Presiden Hugo Chavez memenangi pilihan raya presiden
Venezuela kelmarin selepas berdepan tentangan sengit pembangkang yang
menuduhnya menggunakan kekayaan minyak negara secara tidak adil.
Susulan kemenangannya, Chavez mendapat mandat mentadbir Venezuela untuk enam tahun lagi.
Setelah 90 peratus undi dikira, Chavez memperoleh lebih 54 peratus
undi berbanding 45 peratus undi daripada pencabarnya, Henrique Capriles
Berusia 40 tahun, Capriles merupakan seorang bekas gabenor negeri
yang telah menyatukan pihak-pihak pembangkang di negara Amerika Selatan
itu.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Chavez kelmarin dan menerima kekalahannya dengan hati terbuka.
"Jika anda hendak menang, anda juga perlu belajar menerima kekalahan," kata Capriles di ibu pejabat kempen politiknya di sini.
"Bagi saya, keputusan rakyat merupakan keramat. Saya seorang demokrat dan saya menghormati keputusan rakyat," tambahnya.
Sementara itu, beribu-ribu penyokong Chavez berhimpun di luar kediamannya di sini untuk meraikan kemenangan pemimpin mereka.
Pada perhimpunan tersebut, Chavez menyanyikan lagu kebangsaan
Venezuela dan berikrar untuk menjadi seorang presiden yang lebih baik.
"Hidup Venezuela," kata Chavez.
Sebelum ini beliau menang pilihan raya presiden pada 2006 dan 1998. - Agensi
cayala saudara chavez kerana telah menang dalam pilihanraya presiden venezuela.hidup rakyat!kalo la che guevara hidup lg,msti die bangge.ni baru btul x terikat ngan amerika, nasib kite di tangan kite sendiri.kite penentu mase depan kite sendiri.xde sape yg tentukan hala tuju kite.ni x ikut la amerika.org malaysia kene pandai pilih.bnayak membace jgn dok dengar je crite org ni, org tu.ntah die klepet kite ke sape tau?

No comments:
Post a Comment