Wednesday, February 27, 2013

terima kasih wahai sang kerajaan

pada tanggal 23 februari 2013 yang lalu, kami pelajar2 universiti XXX telah menerima baucar buku yang diberikan oleh sang kerajaan pada golongan pelajar universitas. kata sang kerajaan pemberian ini untuk mengurangkan kos yang ditanggung oleh pelajar universitas yang terpaksa  membeli kitab2 pelajaran dengan harga yang cukup mahal.by the way terima kasih  kepada kerajaaan yang sudi memberi kembali wang rakyat  untuk memudah kan hidup rakyat. tetapi kanape ye , dekat pilihan raye mcam2 nak bg kat rakyat. semue dekat2 pilihan raye. sepanjang 5 tahun sebelum pilihan raye tu xde ape pon untuk rakyat. buat ni buat tu semue untuk mengayekan golongan tertentu yang rakyat dapatla sikit2. betulla kadang2 tu kerajaan ni mcam2 bg kat rakyat tapi bendenye sekadar boleh memudahkan hidup rakyat jela.tetapi sebahagian golongan pula, mereka menikmati lebih dari sekadar 'memudahkan' hidup mereka.kenapa boleh jadi macam ni?pikirla sendiri.
   what do you think?
 mereka yang telah menerima BB1M denagna hepinya!
Baucar Buku 1 Malaysia(BB1M)

Thursday, February 21, 2013

penjualan agama

zaman yang kita hidup ini dikatakan sebagai zaman di akhir zaman.banayak disebutkan didalam alquran mahupun hadis nabi muhammad SAW. disebut juga dizaman ini para ulama yang muncul lebih menyesatkan dimana agama telah didagangkan demi keuntungan dunia.benar apa yang telah di perkatakan.perkara berlaku di depan mata kita sendiri. sang pemimpin demi untuk meraih undi telah menyalahgunakan  agama untuk meraih undi. ada pula golongan2 agama ini mengiktiraf bahawa si polan ini penegak agama. mereka ini seolah dinaik taraf seperti santo.bahawa hanya mereka sahajalah pelindung kepada agama ini.selain itu mereka juga menakut2kan para rakyat jika golongan selain mereka memerintah kerajaan maka habislah kepercayaan yang menjadi anutan turn temurun. begitulah parah nya keadaan kita. manusia memperdagangkan agama demi keuntungan yang sedikit dibumi.carilah didalam alquran banyak ayat ni.harus faham islam tidak melarang politik malahan politik ini juga sebhagian daripada ajaran islam itu sendiri. tetapi tidaklah bermaksud agama itu boleh digunakan sesuka hati untuk kepentingan politik. samelah sperti british yang telah menggunakan agama dalam usaha untuk membendung penularan idea komunisme. dikatakan orang komunis ini tidak beragama.maka orang kita yang dengan pemikiran yang ditutup oleh elitis politik dan juga para agamawan dengan mudah percaya sahaja. kita tdak diberi peluang langsung untuk berfikir. bukan lah niat penulis untuk mempromosi idea komunisme mahupun liberalisme melainkan seruan supaya menggunakan akal untuk berfikir dan menilai mana yang baik dan yang buruk. sehingga hari ini dengan generasi yang baru yang lahir di pasca merdeka, masih menerima benda dengan mudah hanya sebab agama sahaja seperti air ubat yang telah dibaca alquran oleh alhafiz. pada pandanagan penulis, rasanya kalo kita minum dengan membaca bismillah sahaja insyaallah baik2 sahaja. ade jgak manusia yang menjual ayat2 alquran yang di frame dengan harapan ayat ini membawa kekayaan seperti ayat seribu dinar yang banyak ditampal dikedai2 makan yang dikatakan akan membawa kekayaan kepada sang peniaga. apakah perlu semua2 ini? cina pun yang meniaga yang x pakai ayat seribu dinar pon bisnes maju sampai bergenerasi meniaga. sedang yang muslim ini yang menampal ayat seribu dinar ini meniaga kejap shaja dan x kaya mana pun.maka disebabkan ini adalah pula golongan yang mengambil kesempatan menjual ayat2 ini yang diframe dengan bingkai yang cantik. maka orang2 yang percaya dengan ayat ini mereka akan kaya maka dibelilah ayat ini dengan harapan jadi kaya. sebanarnya rezeki datang dari allah.sesiapa yang berusaha maka allah akan tolong.semuanaya dtang dari allah.
p/s ini merupakan pandangan sang penulis. xpuas ati mahupun mempunyai kritikan2 yang membina mahupun menghina maka dialu2kan untuk mengkomen.

Wednesday, February 20, 2013

112 dari sudut pandangan suara revolusi.

112 ialah tarikh dimana pada hari itu dikatakan seramai 500 000 orang telah datang berhimpun di stadium merdeka. angka 500 000 ribu ini ialah angka yg diberikan oleh orng2 yg dtg tetap mengikut media aliran utama ataupun mainstream, hanya beberapa puluh ribu sahaja.tetapi berdasarkan saksi2, lebih kurang 500 000 yang telah datang. anyway bukan berapa ramai yang datang bukanlah isunya. walaupun target ialah satu juta dan yang datang adalah setengah daripada jumlah itu its ok. xjadi masalah.bilangan yang datang ini menunjukkan bahawa rakyat telah memberi amaran kepada parti yang memerintah supaya jujur dalam melaksanakan pentadbiran.  500 000 yang datang ini juga x semestinya penyokong parti pembangkang ade jgak mereka yang datang ini ialah non partisan orang2 yang tidak memihak kepada mana mana parti tetapi mengharapkan kerajaan yang lebih jujur dan telus. sepatutnya parti yang memerintah patut memberi perhatian  kepada tuntutan ini bukan dengan melabelkan mereka ini sebagai pembuat kacau maupun pengancam. begitu juga kepada parti pembangkang. rakyat sedang memerhatikan anda. jika anda diberi kuasa suatu masa nnt dan anda sama sahaja dengan pemerintah sebelum ini maka berulang la lagi sejarah. seperti mana di mesir sekali lagi rakyat berhimpun.selesai hosni, morsi pulak kene.

 p/s:diingatkan penulis ialah non partisan dan pandangan ini adalah pandangan peribadi dari kacamata seorang rakyat malaysia yang berakal.sesiapa x stuju bole komen.xde hal punyela!